BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 28, 2010

35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah



1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
1. kita ingat 10 % apayang dibaca
2. kita ingat 20% apa yang didengar
3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
1. pastikan cahaya adalah terang
2. kurangkan gangguan bunyi
3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
5. kerusi dan meja menghadap kiblat
6. jangan lupa untuk senyum
6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
3. mengingat kembali (recall)
4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
9. Sentiasa awal dan mendahului:
1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
2. memberikan tumpuan sepanuhnya
3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
22. Tahu petua mengulang kaji
1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
3. duduk tegak dikerusi yang selesa
4. baca doa penerang hati
5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
6. fikir dan ingat kembali isi utama
7. catat/lakar
8. semak semula ketepatan maklumat
9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
10. buat rumusan
11. jawab soalan
12. tampal maklumat yang rumit di dinding
13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
1. jangan makan kepala ikan
2. jangan makan organ dalaman
3. jangan minum semasa makan
4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
5. jangan melihat kemaluan
6. jangan melihat buih
7. jangan membaca nama pada batu nisan
8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
10. banyakkan makan kekacang
11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
13. jangan kencing berdiri
25. Tahu kemahiran mengingat:
1. tampal nota-nota penting di dinding
2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
3. gunakan kaedah akronim
4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26. Cekap mengatur jadual belajar:
1. mempunyai jadual belajar
2. patuh kepada jadual
3. buat jadual yang boleh diikuti
27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32. Pelbagaikan tempat belajar.
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
1. taat kepada Allah
2. mendirikan sembahyang
3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
4. hormati & sayangi guru
5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
7. membantu rakan yang memerlukan
8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
9. sentiasa bertawakal
10. mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Saturday, March 27, 2010

good luck friends!!!












alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5453360485511650578" />

Its A Final Countdown...!!!!!
















Rahsia Cemerlang di IPT




TINDAKAN PELAJAR CEMERLANG



- bangun awal pagi untuk solat subuh
- persiapan awal dengan membaca nota kuliah sebelum kuliah
- bersiap sedia untuk ke kuliah
- paling awal sampai ke bilik kuliah
- sentiasa memilih tempat duduk di bahagian depan atau tengah
- orang yang paling awal menyiapkan assigment
- paling awal membuat persiapan untuk peperiksaan
- mendahului orang lain dalam pencapaian peperiksaan


TIPS MENGHADAPI EXAM

- memastikan tarikh dan masa peperiksaan ynag tepat untuk subjek yang berkaitan
- melakukan ulangkaji kesurang-kurangnya sebulan sebelum tempoh peperiksaan
- mengkaji contoh2 soalan tahun sebelumnya
- meningkatkan keyakinan diri
- tidur awal pada malam sebelum peperiksaan bermula
- datang awal ke dewan peperiksaan
- pastikan kesihatan dalam keadaan baik
- jika ada sebarang fakta atau jawapan yang telah anda hafal tetapi tiba2 terlupa, beristighfarlah kepada Allah, mudah-mudahan Dia mengembalikan ingatan anda
- jangan lupa bertawakal kepada Allah



Friday, March 26, 2010

jUm jALan2 pUsiNG UiTM...





Wednesday, March 24, 2010

Alice In Wonderland...Official Trailer

Sunday, March 21, 2010

bile keyboad mula di ketuk!!

huhu...

harini kuar g jalan2... walaupon jalan2 kt shah alam ni gak.. xpela.. dari dok lam bilik je.. mcm xde life je kan..

tQ to my sister... (anyah) die datang amek tgah hari td.. bawak g makan kt sec 2.. hoho.. tak makan pon.. dok melayan lisa si kinting tue jee...

sebelom anyah balik... die kasi duet.. berapa jumlah nyee.. biarlah rahsia.. heehe.
cukup la nk wat suping2..

so.. berbekalkan duit yang die bagi... langkah ku mula panjang... mula2 nk sacc mall dlu.. niat kt hati nk beli sabun basuh jew.. tp tu la.. bila ada duit.. mata mula la rambang...

jalan2 je.. mane mampu nk suping kt situ...

pastu g Pas... ade org nyanyi2 la pulak.. hmm. sumbang-sumbing je bunyik.. no wonder harini mendung jee.. smpai ke mlm.. haha...

kt pas... aku bli cekak rambut.. hehe.. bli tudung lg!! adui.. penuh da lemari ni dgn tudung... xpe...

ape lg ehh.. tu jela yg aku suping kt pas..

so.. back to sacc mall.. kt sini just g watson... bli sanitizer dgn hand wash...

i cant life without sanitizer....!!!

ni sbb h1n1 haritu laa... b'cuz of that, everywhere i go, this thing must be in my bag...

yela kan.. kita pegang mcm2... kita bukan nmpak pon kuman...bakteria...virus ke ape ker. pastu kte pegang mata.. mulut... hidung... eewww...

mcm2 orang yang kita jumpa.. mcm2 penyakit jgk la yang ada... owwhh my...

kalau la kte blh nmpak kuman tu kan.. eeeww...




kalau ni la rupa kuman2 tue.. mcm mane ehhh...

tapi klu kuman cumel mcm nie lak... hehe



mcm cumel jew kan...

so... pandai2 la jg diri k guys...

kita xtau ape akan jd.. mencegah tu kan lg baik...

~~AdiOs~~

Saturday, March 20, 2010

jOm belajar bAHasa Jeponn!! NIHONGO!!



mari kte balajar bahasa jepon.. t leh kte g jepon kn2...

dengan basic yang tak seberapa nie...kte kongsi la same2 k...

anyway a million of thanks to my 3rd language lecturer sensei azmi and sensei shima.. dorang la yg ajar bahasa jepon nie.. from zero to hero.. haha...

bagus gak la UiTM wt subjek nie.. sekurang2 nye bdk2 ni leh blajar psl bahasa lain...
anyway kt UiTm ni bkn je ade bahasa jepon je.. ade mendarin.. german..france..arab..korea etc... thanks UiTM!!!!


tp bahasa jepon tetap jd pilihan...huhu..

anyway.. we start from the basic lessons okeyh guys....

USEFUL DAILY EXPRESSIONS

Ohayo gazimasu = good morning
konnochiwa = good afternoon
kombanwa = good everning
oyasuminasai = good nite (said b4 going to bed)
sayonara = goodbye
o-geki desu ka = how are u?
domo arigato gozaimasu = tq very much
doitashimashite = u are welcome
sumimasen = excuse me/ sorry
tadaima = i'm back
abunai = look out
chotto matte kudasai = plz wait for a while
gambatte kudasai = good luck

mari kita kale kan anak mata!!!!






saje suke2...



woaahhh....

saje suke2 nk menaip.. assigment da melambak.. tapi tatau nk pegang yg mane 1..

minggu ni ade test PM (property management).. baca pon tatau ape benda nya..

pale ingat benda lain je niee... i missed my mum damn much... windu kt sume yg kt umah tue...
kt Bam2 (my ket) .. bile stressed mcm ni kalau dok umah bes sangat.. leh gaduh2 dgn adik2..

emy!!imran!! mesti boring kan ateh xde.. hehe...



back to my story.... its all bout study and assignment..

adat la kn nama pon dok U.. tak kan xde test.. assignment... dok umah pon keje wat keje gak kan... tp tue la.. its all bout time management...

ade masa stdy.. ade masa untuk bersosial.. sosial kt sini dalam konteks yang ilmiah dan bermanfaat la sket.. bukan nye suh sosial tue suh g clubbing ke.. g merempit ke.. kn..

just hanging around with frenz.. watching movie.. window shopping.. mkn2.. sembang2...
leh gak kurang kan stress tue..

hmmm.. bebel la plk kan.. saje je.. nk hilang kan bosan stdy sorang2 nie.. ina roomate pon xde.. dok sorang2 je nie.. seb baik my bebear shayunk ade.. leh gak wt sembang2.. (gile ape sembang dengan teddy bear)haha...



~lalala~~

cOoLESt tHing eVA!!!




At the first time,

a girl who was dressed in blue was like a madman rite?
but after that, It was like wHoaa!!!

the cOOlest thing ever!!!

tOtallY awesOme rite!! Yeahhhhh =D

Friday, March 19, 2010

Mencari Bintang Timur

hanyalah sekadar berkongsi cerita.....






Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke sebuah pusat perubatan swasta di Melaka. Dia mengadu kepalanya pening, rasa mual dan badannya lenguh-lenguh. Saya tanya dia, “Mengandung kut?”. Dia kata tak ada. Oleh kerana dua tiga hari macam tu saja, saya bawa dia berjumpa doktor dan ternyata isteri saya mengandung dua bulan.

Dia akan berasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya termasuk bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya. Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai solat isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.

Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macam mana nak elakkan insomnia (gangguan tidur) yang dialaminya. Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca al-Quran di atas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap. Sekarang saya terus membaca al-Quran di sisinya sebagai ubat bagi isteri dan anak dalam kandungan.

Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab Kasyaful Mahjub. Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afa’l. Dan cerita itu kembali bercerita kepada saya.

Ada yang bertanya bagaimana mahu menasihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana ?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah minda sedar.

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang anda ingin nasihati.

3. Semasa ibu jari di atas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al-Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah putuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkannya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insya-Allah saya doakan diri saya dan anda berjaya dalan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An-Nu’man), seseorang bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah, Tsabit, “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawap bapa Imam Abu Hanifah “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan”. Apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit ialah dia sendiri telah diasuh manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.

Logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segi empat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Saya ceritakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya.

Saya bacakan kisah pada rasul, para Nabi, wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti. Isteri saya sudah pun nyeyak dibuai mimpi. Saya ke halaman rumah mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil di rumah anak-anak yatim piatu yang saya bawa hingga kini.

Saya bersandar di bangku marmar. Kalau isteri saya lihat pastinya dia menemani saya di sini, kami akan bercerita tentang segala-galanya. Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan di padang rumput, sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah.

Saya bertekad dalam hati, insya-Allah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih di rumah kebajikan. Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah mamanya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Oh! Janganlah tumpah lagi. Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan. Segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyeyak dibuai mimpi. Inilah bintang timur dalam hidup saya ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya, memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya. Insya-Allah tidak lama lagi, akan muncul “bintang timur kecil’ dalam hidup saya.

Sumber: Mingguan Malaysia

bila anda kekenyangan.....check this out!!!







kesimpulan nyee.. berhenti makan sebelom kenyang.... dh kenyang jd mcm ni la pulak..

pokok-pokok cantik!!!

aritu malam kuar dengan 2 ina.. ina penang sorang.. ina roomate aku nie sorang...
kami kuar g i-city... tempat yang jadi tanda tanya kt aku.. abendee la yang ade kt situ.. everybody keep on asking me bout that.. saspen gak aku.. tapi dari kolej ade la nampak bayang2 sket tmpat nie...but not so sure ape benda yang ade kt situ... time tue tak pikir lak nk google nk cari info pasal tempat nie...

tp ble dah g malam tue... no wonder la kt situ slalu jam!!!

very cool!! cantik sangat2... aku dengan 2 ina ni ape lg.. jadi ciwi la.. amek gambar tak benti... tapi kesian kan.. aku letak gambar nie je... sebab yang lain ade kat ina penang.. ble mau bg gmbar daa....

so.. aku pon dengan rasa bangga nye boleh la citer kt orang (termasuk lah akak aku) yang aku da smpai..
haha.. padahal org lain da smpai pon.. aku je yg lambat.. huhu...
time aku g tue.. ade family dr kelantan.. baru smpai shah alam.. sbb nye nk g tgk i-city nie jee... ohh my...
teruk nye aku yg dok kt shah alam nieee... ketinggalan ketapi betol laaa....

t da ade pic baru aku letak ehh... kte sma2 la tgk. walaupon korang mesti dah tak teruja nk tengok kan.. xpela.. janji pasni kalau orang tanya sal i-city tue.. aku leh la jwp aku da smpai...wek2...

WHERE DO I BEGIN....

 inilah kebanggaan ku.....
bermula satu kehidupan baru bergelar seorang pelajar universiti...

satu kehidupan baru yang semua orang impikan..

mak,abah bangga sangat bila dapat tau anak dia dapat msk u.. kalau boleh nak di cerita nya pada setiap orang.. begitu lah harapan seorang mak...menunggu saat untuk hantar anak dia ke U...

kt sini la aku mulakan frasa pertama aku bergelar pelajar U.. Universiti Teknologi Mara.. UiTM...

aku dah mengikut jejak langkah along dan kak cik... dua2 blajar kt sini.. dalam 1 fakulti yang sama...

FAKULTI SENIBINA PERANCANGAN DAN UKUR(FSPU)

mak la jadi orang yang paling bangga.. 3 orang anak dia masuk U yang sama.. dalam 1 fakulti yang sama.. cuma.. along dulu amik kos interior architecture.. kak cik sains ukur geomatik (sug) aku.. estate management (lam bahasa mudah paham nye pengurusan hartanah) kang cakap estate ckp aku nk jaga estate getah lak.. susah2...



insyaAllah... adik miey pon tak lama lg akan ikut jejak langkah along, kakcik,dan aku.. ateh die... untuk belajar kat sini.. dalam course yang lain pulak.. dia minat town planning.. dengan basic kejuteraan awam dia time Spm haritu, aku harap dia boleh sampai kat sini... leh la aku tumpang moto dia p clas.. (kes malas nak amek lesen moto) tak payah aku jalan kaki hari2 dari mawar sampai fac nie.. jauh tue nak menapak..

tp die diploma.. mesti mau2 kt uitm perak dulu..wahahaha.. ngadap along la kt sana.wawawa....

Thursday, March 18, 2010

Alice In Wonderland...



The Plot

Alice Kingsley, 19, attends a party at a Victorian estate shortly after the death of her beloved father. She learns that the formal affair is actually an engagement party to eventually wed her into the Ascot family who now own her father's trading firm. Unsure of how to properly reply to Hamish Ascot's proposal, Alice runs away and follows the White Rabbit, Nivens McTwisp. She then falls down a rabbit hole into Underland, a bizarre world she previously visited as a child, although she has no memory of it. It is explained throughout the course of the film that Iracebeth, the Red Queen, conquered Underland by stealing the ruling crown from her sister Mirana, the White Queen, but Alice will slay the Red Queen's guardian, the Jabberwocky, on the Frabjous Day using the Vorpal Sword. However, a misunderstanding of words from Absolem the Caterpillar makes everyone believe that Alice is the wrong one. The forces of the Red Queen attack and capture McTwisp, Uilleam the Dodo, and Tweedledum and Tweedledee, whilst Alice escapes. The Knave of Hearts, Ilosovic Stayne, informs the Red Queen of Alice's return; the Red Queen orders Alice's capture.
Alice is found by Chessur, a grinning cat, who leads her to The Hatter, March Hare and Mallymkun the Dormouse. As Stayne searches for Alice, The Hatter flees toward the White Queen's castle with a shrunken Alice, but he is caught, leaving Alice and his hat behind. A bloodhound named Bayard, who was forced to work for the Red Queen due to his imprisoned family, aids Alice in sneaking into the Red Queen's castle to rescue The Hatter. McTwisp, now a page for the Red Queen, gives Alice some food which makes her grow to a large size, but she fools the Red Queen into believing she is "Um from Umbridge", and The Hatter is made the Red Queen's hat maker. Alice learns that the Vorpal Sword is hidden in the den of the Bandersnatch, whose eye was removed by Mallymkun earlier. The eye is restored by Alice, making the Bandersnatch choose to side with her and escape from the castle with her and Bayard. Chessur saves Tarrant and Mallymkun from execution, and they lead all of the enslaved Underland creatures to flee the Red Queen's castle. Alice delivers the Vorpal Sword to the White Queen and returns to her normal size, but she remains unsure whether she can kill the Jabberwocky.
Absolem, going into his pupa stage, reminds Alice of her past visit to Underland and gives her the courage and belief to fight the Jabberwocky. On the Frabjous Day, the forces of the White and Red Queens converge on a battlefield to decide the fate of Underland. Alice fights the Jabberwocky and decapitates him, while the Red Queen's forces side with the White Queen, who regains her crown and then banishes her sister and Ilosovic to the outlands forever. Alice returns home by drinking blood of the Jabberwocky. She then refuses Hamish's proposal and becomes an apprentice for Hamish's father with the idea of beginning trade routes with China. The film ends with Alice sailing away on a ship with Absolem, now as a butterfly, fluttering off and away from her shoulder.